BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 10 Jun 2014

Hati yang rapuh...(2)

"Huhh..penat gila hari ni..." Nina merungut sorang-sorang ,memandangkan semasa dia sampai di muka pintu rumah tadi, dia masih tidak nampak sesiapa pun housemate yang tiga orang lagi tu. Kat rumah ni  Nina menyewa dengan Cik Sue Siput Sedut ,Cik Lini Best Ever Chef, Cik Farah Chubby dan Cik Nydia Pengemas...haahaaa..

Antara banyak-banyak orang kat dalam rumah ni, Nina yang paling malas masak atau memang tak pandai langsung masak. Kesian sapa yang jadi suami Nina kan??

Nina terus merebahkan badan atas sofa kelabu di ruang tamu rumah. Sambil tu duk memikir nak makan apa malam nanti .Lepas maghrib nanti Nina rasa Nina nak keluar beli nasi ayam kat kedai makcik Dayah kat bawah tu jelah. Itulah Nina hari-hari dia beli je nasi untuk makan malam. Tak sempat masak katanya dan kalau masak pun bukan sedap macam mak masak....

 Selepas mandi dan solat Nina menonton televisyen sorang-sorang malam ni. "mana la kawan-kawan aku ni? Semua keluar pulak malam ni". Cik Sue Siput Sedut mesti pergi main badminton selepas habis kerja ni. Teman baik Nina ni memang suka bersukan semenjak dua menjak ni. Dah siang kerja ,terpaksalah pergi main waktu malam. Kadang-kadang cik sue pergi main juga futsal dekat SS15 Subang Jaya. Nina kalau pergi pun hanya duk kat tepi gelanggang futsal saja,tapi kalau badminton boleh juga Nina try dua tiga round.

"Sedih pulak tengok drama ni, dah dekat nak kahwin kena tinggal dengan tunang la pulak".Hai Nina dah feeling pulak dah...


Nina tiba-tiba teringat kisah cintanya zaman kuliah di universiti dulu. Takde jodoh apa boleh buat, walau 4 tahun menyulam kenangan manis bersama.

"Err boleh pinjam nota kuliah yang tadi tak?'',ada bunyi suara di tepi semasa Nina sedang berjalan laju menuju ke hostel selepas habis kuliah pemasaran tadi. Nina terkedu sambil memandang orang di sebelah. Huh apa mamat ni ikut aku pulak nih..aduh mak..segannya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan