BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 28 April 2014

KETAHUI SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH



Allah SWT  berfirman: “Wanita (isteri ) solehah  adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.” (Surah An-Nisa: 34)

Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan di antara sifat wanita solehah  adalah taat kepada Allah dan kepada suaminya dalam perkara yang ma‘ruf lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa‘di t berkata:

“Tugas seorang isteri  adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, kerana  itulah Allah berfirman: “Wanita solehah  adalah yang taat,” yakni taat kepada Allah, “Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada.” Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika  suaminya tidak ada (sedang bepergian), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.”  (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.177)

Ketika Rasulullah  menghadapi permasalahan dengan isteri -isteri nya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT  menyatakan kepada Rasul-Nya:

“Jika sampai Nabi menceraikan kalian,  mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri -isteri  yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, ‘abidat, saihat  dari kalangan janda ataupun gadis.”  (Surah At-Tahrim: 5)

Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan beberapa sifat isteri  yang solehah  iaitu :
  • Muslimat: wanita-wanita yang ikhlas (kepada Allah), tunduk kepada perintah Allah ta‘ala dan perintah Rasul-Nya.
  • Mukminat: wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah SWT.
  • Qanitat: wanita-wanita yang taat
  • Taibat: wanita-wanita yang selalu bertaubat daripada dosa-dosa mereka, selalu kembali kepada perintah (perkara yang ditetapkan) Rasulullah s.a.w. walaupun harus meninggalkan apa yang disenangi oleh hawa nafsu mereka.
  • Abidat: wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah  (dengan mentauhidkannya kerana  semua yang dimaksudkan dengan ibadah kepada Allah  di dalam Al-Quran adalah tauhid, kata Ibnu Abbas).
  • Saihat: wanita-wanita yang berpuasa.  (Al-Jami‘ li Ahkamil Qur’an, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132).

Rasulullah s.a.w.  menyatakan: “Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad 1/191, disahihkan Asy-Syaikh Albani t dalam Shahihul Jami’ no. 660, 661).

KAU SUKA VESPA, AKU SUKA SUZUKI SWIFT


Hati Yang Rapuh


Sibuk...sibuk kena kejar dateline untuk meeting dengan Head Department next week. Ohh hari ni dah hari Khamis. " Alamak tinggal 4 hari lagi ni untuk siapkan semua laporan untuk jabatan " Nina merungut sendiri dalam hati.

Memang sibuk memanjang budak Nina seorang ni. Sampaikan nak cari teman lelaki pun tak sempat. Kerja..kerja...kerja. Tak ada masa bersosial langsung. Dah tu ada pulak 3 orang teman serumah dia yang sehati sejiwa... " takde boyfriend pun boleh hidup gak macam orang lain ,hihiii ". Itulah falsafah tah apa-apa yang mereka pegang.

Masih terpacak kat dalam opis di Motoshimi Technology ,tempat dia mencari rezeki. Sudah hampir 5 tahun jugaklah dia kerja kat sini sebaik saja menamatkan kuliah kat Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi. Kebetulan kat Motoshimi nilah Nina masuk kerja sama hari dengan Cik Sue merangkap roomate dan sekarang dah diistiharkan BFF (bestfriend forever). Tapi Cik Sue kerja kat HR Department..takdelah kena kerja sampai perah-perah otak sangat. Ni kalau Cik Sue dengar mesti dia marah...huhuuu.

Huh rasa dah macam jam kepala ni. Jam dah pukul 6.00 petang. Dah masa balik kerja ni. Ni pun dah terlajak setengah jam dah. Balik Cik Nina,jangan kerja stress sangat, nanti cepat tua. " Tua ?? aduh jangan lah..aku masih cun lagi ni " .

(tunggu next episode yer..)


Ahad, 27 April 2014

OHH MY Baju RAYA

Ohh my baju raya....nak yang macam nie gak boleh?? hihiii :) . From The POPLOOK by Jovian Mandagie .

macam mana pilihan anna?? cantik tak?? nie yg paling awesome (pada pandangan anna yg bukan ahli fashion nilah..hihii2) .Fashion name : PALOMA BEIGE


 fashion name : PENELOPE PINK ...ala2 penelope cruz hollywood star tu

fashion name : PENINA FUCHIA

fashion name : PENINA BROWN



fashion name : PAISLEY PINK

fashion name : PAISLEY GREEN

ada yang korang suka tak?? nie semua utk sapa2 yg masih tercari2 fesyen dan gaya elegant utk Aidil Fitri nanti..

Sabtu, 26 April 2014

Kusyen Cantik...from ikea


Cantik untuk hari raya Aidilfitri nanti kan?? 
 




COLOR BLOCKING yang senantiasa HOT...




Nak cari yang bercorak abstrak...boleh pilih salah satu dari kusyen2 cantik nih yer...











Suka bunga-bunga & gaya english?? boleh try yg nie
 





Corak-carak jalur dan tribal yang tengah "in" sekarang. Sering diguna oleh pakar2 deko masa kini..tak caya?? cuba tgk PURE DESIGN kat astro























Sapa2 yg suka kelainan,boleh cuba kusyen yg ada gambar owl nie...letak kat dlm bilik tido pun cantik gak nie...

Fesyen Seorang Puteri

Jom usha2 fesyen puteri kesayangan rakyat British Duchess of Cambridge ini bergaya dalam lawatan rasmi bersama suaminya Duke of Cambridge, Putera William sepanjang jelajah diraja selama tiga minggu di Australia dan New Zealand.












Citarasa anggun seorang puteri yg menjadi tumpuan dunia...


Haaaa nie pulak aksi2 comel Putera George semasa mengikuti lawatan rasmi ibubapa beliau ke Australia & New Zealand















Jumaat, 25 April 2014

Men Are From Mars...Women Are From Venus




-------------------------oo00oo--------------------------

Tak dinafikan perbezaan perangai antara lelaki dan perempuan memang ibarat air masin dan air tawar (hiihiii2..apa punya pepatah nie ??) .Yalah air masin tetap air,tapi masin bergaram...air tawar pulak memang air jugak,tapi bersifat natural...ye ke?? Anna saja2 tu buat perbandingan......

So anna nak cadangkan satu buku yang paling top abad nie,tentang alam rumahtangga dan hubungan lelaki & perempuan yang memang byk sangat konflik serta perbezaannya  : "MEN ARE FROM MARS ,WOMEN ARE FROM VENUS"

Sinopsis :
Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus (Zuhal) bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi.
~Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia.
~Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan.
~Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.



Pulau Bali yang popular

Hari nie anna nak kongsi gambar beberapa selebriti Malaysia yang pernah berkahwin, bercuti dan berhoneymoon di tepian pantai Pulau Bali, Indonesia.

Sebenarnya anna & my BFF (cik sue siput sedut) sering tertanya2 sesama sendiri...kenapa & apa istemewanya pantai di Bali tu ? sampai semua depa2 nie pakat syok sangat duk pi buat majlis perkahwinan kat sana nun?? Apa kalau buat majlis kat pulau terindah di Malaysia macam Pulau Langkawi tak best ke?? Hihii2...

Anna punyalah teringin sangat2 nak pi tengok macam mana lah keindahan air laut & pantai2 kat sana tu ye?? Huhuu ..bila lah berkesempatan agaknya yek..Tapi memang best dapat abdikan kenangan terindah seumur hidup tu di tepian pantai yg sungguh romantik kan??

Yang pergi saja2 makan angin dan bersantai dgn family toksah cakap lah...Dato' Siti ,Nabila Huda ,ramailah lagi retis2 kita pi release tension kat sana ...Fasha Sanda & Jejai pernah merancang mengadakan majlis sanding kat sana ,tapi dia disahkan bunting pelamin..so terpaksa dibatalkan. Nora Danish pun pernah kata nak sanding kat tepian pantai Jimbaran Bali nun...memang ramai yg mengidam nak buat majlis situ yer??

Apa2 pun janji happy dan menjadi memori indah buat pasangan mempelai..tak kisahlah nak buat kat mana pun kan...

Apa kata kita kongsi beberapa gambar menarik retis2 yg telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka dan yang pergi jalan2 makan angin je kat Pulau Bali :

Melissa Maureen Rizal (pelakon filem Hoopers) dan Malique (Too Phat) telah berkahwin di Bali pada 8/08/2008 yang lalu. Bertemakan warna putih dan biru muda di tepi pantai Bali, Indonesia, majlis itu kelihatan begitu ringkas dengan dihadiri teman-teman rapat sahaja.


 Dato' Siti Nurhaliza bercuti bersama suami...


gambar2 Dato' Siti bercuti di Bali

 Nabila Huda bersama Keisha Laila di Bali...amboi keisha pun dah pandai bergaya ye...

Nabila Huda & Keisha Laila

Fasha Sanda & rakan2 bersantai di bali :) ..masa nie bujang lg..hihii2

Pasangan Romantik ...Posh & David Beckham Malaysia :Scha Al-Yahya & Awal Ashari



Pasangan Hot !! Che Ta & Zain Saidin berhoneymoon di Bali...bestnyer...


Ohh ye..utk pengetahuan kalian semua  Bali, juga dikenali sebagai Pulau Dewata, ialah sebuah pulau di Indonesia yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang Jepun dan Australia dan semestinya Malaysia...

Pulau Bali yang merupakan sebahagian kepulauan sunda kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain. Gunung Agung setinggi 3,148 meter ialah titik yang tertinggi di Bali. 

 Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.

jom kita tengok gambar-gambar pemandangan indah di kawasan pantai Pulau Bali nih (sebab dah lama simpan angan2 nak cuti2 kat sini..so anna google jer tengok dulu org lain pegi bercuti) ;

 
Pantai Kuta adalah kawasan pantai paling famous di sini

 aktiviti luncur air antara sukan popular di pulau ini..huhuuu..byk la mat saleh yg duk meluncur dlm ombak tinggi tu

Tanah Lot...ada sebuah pulau kecil di situ dan hanya dpt dimasuki oleh org2 tertentu shj. Penduduk Bali yg beragama Hindu percaya tempat ini hanya utk menyucikan diri.


 Pulau Paling Popular di rantau Asia dan dunia. Mengikut majalah Travel + Leisure Bali mendapat kedudukan ranking kedua dalam kedudukan ketagori World’s Best Award 2012. 
(Patut ler ramai yg gila bercuti di sini kann...)





Khamis, 24 April 2014

apa yang anna paling suka tengok dalam facebook ??

Facebook,twitter,instagram dan lain2 laman sosial dah mcm bestfriend kebanyakan orang sekarang kan ?? Kat dalam FB yg anna paling suka bukak (mesti tgk) tiap2 hari ialah "Apartment Therapy". Tau sebab apa?? Hihiii..biasa la..anna suka sangat tgk tip2 dekorasi rumah & idea susun atur setiap sudut rumah kat dlm tu. Then pastu berangan2 nak buat mcm tu gak laa.. :)

Antara gaya deko kat ruang makan yg paling anna suka...sesuai sgt utk ruang makan yg kecil mcm rumah anna tu :)
cantik kan?? sejuk je rasanya duk mkn2 kat sini...

dah lama teringin nak tulis blog..

Malam ni 24 April 2014 -khamis (bersamaan 24 Jamadilakhir 1435),catatan bermula setelah sekian lama teringin dan berangan2 nak buat blog sendiri...hii2...cantikkan date ni?

Tadi petang shopping barang2 rumah,almaklum dah gaji. Sampai kat rumah terus layan LoLa & LuLu ...kucing-kucing kesayangan anna. LoLa & LuLu nie kecik lagi. Umur baru 3 bulan jer pun...mula2 lahir dulu depa 2 ekor & mak depa tido dlm rumah anna. Dalam 2 minggu ni jer anna letak dalam sangkar kat luar.

Nama LoLa & LuLu anna abadikan buat fanpage utk bisnes anna kat facebook. Nama fanpage tu "Lola & Lulu Cantik Online" : menjual pelbagai produk kecantikan & kesihatan masa kini...hii2.

Untuk first entry anna nie,anna tak nak tulis banyak2 ..huhuu2 nanti boring pulak kan baca panjang2.