Sebenarnya anna & my BFF (cik sue siput sedut) sering tertanya2 sesama sendiri...kenapa & apa istemewanya pantai di Bali tu ? sampai semua depa2 nie pakat syok sangat duk pi buat majlis perkahwinan kat sana nun?? Apa kalau buat majlis kat pulau terindah di Malaysia macam Pulau Langkawi tak best ke?? Hihii2...
Anna punyalah teringin sangat2 nak pi tengok macam mana lah keindahan air laut & pantai2 kat sana tu ye?? Huhuu ..bila lah berkesempatan agaknya yek..Tapi memang best dapat abdikan kenangan terindah seumur hidup tu di tepian pantai yg sungguh romantik kan??
Yang pergi saja2 makan angin dan bersantai dgn family toksah cakap lah...Dato' Siti ,Nabila Huda ,ramailah lagi retis2 kita pi release tension kat sana ...Fasha Sanda & Jejai pernah merancang mengadakan majlis sanding kat sana ,tapi dia disahkan bunting pelamin..so terpaksa dibatalkan. Nora Danish pun pernah kata nak sanding kat tepian pantai Jimbaran Bali nun...memang ramai yg mengidam nak buat majlis situ yer??
Apa2 pun janji happy dan menjadi memori indah buat pasangan mempelai..tak kisahlah nak buat kat mana pun kan...
Apa kata kita kongsi beberapa gambar menarik retis2 yg telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka dan yang pergi jalan2 makan angin je kat Pulau Bali :
Melissa Maureen Rizal (pelakon filem Hoopers) dan Malique (Too Phat) telah berkahwin di Bali pada 8/08/2008 yang lalu. Bertemakan warna putih dan biru muda di tepi pantai Bali, Indonesia, majlis itu kelihatan begitu ringkas dengan dihadiri teman-teman rapat sahaja.
Dato' Siti Nurhaliza bercuti bersama suami...
gambar2 Dato' Siti bercuti di Bali
Nabila Huda & Keisha Laila
Fasha Sanda & rakan2 bersantai di bali :) ..masa nie bujang lg..hihii2
Pasangan Romantik ...Posh & David Beckham Malaysia :Scha Al-Yahya & Awal Ashari
Pasangan Hot !! Che Ta & Zain Saidin berhoneymoon di Bali...bestnyer...
Ohh ye..utk pengetahuan kalian semua Bali, juga dikenali sebagai Pulau Dewata, ialah sebuah pulau di Indonesia yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang Jepun dan Australia dan semestinya Malaysia...
Pulau Bali yang merupakan sebahagian kepulauan sunda kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain. Gunung Agung setinggi 3,148 meter ialah titik yang tertinggi di Bali.
Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.
jom kita tengok gambar-gambar pemandangan indah di kawasan pantai Pulau Bali nih (sebab dah lama simpan angan2 nak cuti2 kat sini..so anna google jer tengok dulu org lain pegi bercuti) ;
Pantai Kuta adalah kawasan pantai paling famous di sini
aktiviti luncur air antara sukan popular di pulau ini..huhuuu..byk la mat saleh yg duk meluncur dlm ombak tinggi tu
Tanah Lot...ada sebuah pulau kecil di situ dan hanya dpt dimasuki oleh org2 tertentu shj. Penduduk Bali yg beragama Hindu percaya tempat ini hanya utk menyucikan diri.
Pulau Paling Popular di rantau Asia dan dunia. Mengikut majalah Travel + Leisure Bali mendapat kedudukan ranking kedua dalam kedudukan ketagori World’s
Best Award 2012.
(Patut ler ramai yg gila bercuti di sini kann...)















Tiada ulasan:
Catat Ulasan