BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 25 April 2014

Men Are From Mars...Women Are From Venus




-------------------------oo00oo--------------------------

Tak dinafikan perbezaan perangai antara lelaki dan perempuan memang ibarat air masin dan air tawar (hiihiii2..apa punya pepatah nie ??) .Yalah air masin tetap air,tapi masin bergaram...air tawar pulak memang air jugak,tapi bersifat natural...ye ke?? Anna saja2 tu buat perbandingan......

So anna nak cadangkan satu buku yang paling top abad nie,tentang alam rumahtangga dan hubungan lelaki & perempuan yang memang byk sangat konflik serta perbezaannya  : "MEN ARE FROM MARS ,WOMEN ARE FROM VENUS"

Sinopsis :
Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus (Zuhal) bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi.
~Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia.
~Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan.
~Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan