Isnin, 28 April 2014
KAU SUKA VESPA, AKU SUKA SUZUKI SWIFT
Hati Yang Rapuh
Sibuk...sibuk kena kejar dateline untuk meeting dengan Head Department next week. Ohh hari ni dah hari Khamis. " Alamak tinggal 4 hari lagi ni untuk siapkan semua laporan untuk jabatan " Nina merungut sendiri dalam hati.
Memang sibuk memanjang budak Nina seorang ni. Sampaikan nak cari teman lelaki pun tak sempat. Kerja..kerja...kerja. Tak ada masa bersosial langsung. Dah tu ada pulak 3 orang teman serumah dia yang sehati sejiwa... " takde boyfriend pun boleh hidup gak macam orang lain ,hihiii ". Itulah falsafah tah apa-apa yang mereka pegang.
Masih terpacak kat dalam opis di Motoshimi Technology ,tempat dia mencari rezeki. Sudah hampir 5 tahun jugaklah dia kerja kat sini sebaik saja menamatkan kuliah kat Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi. Kebetulan kat Motoshimi nilah Nina masuk kerja sama hari dengan Cik Sue merangkap roomate dan sekarang dah diistiharkan BFF (bestfriend forever). Tapi Cik Sue kerja kat HR Department..takdelah kena kerja sampai perah-perah otak sangat. Ni kalau Cik Sue dengar mesti dia marah...huhuuu.
Huh rasa dah macam jam kepala ni. Jam dah pukul 6.00 petang. Dah masa balik kerja ni. Ni pun dah terlajak setengah jam dah. Balik Cik Nina,jangan kerja stress sangat, nanti cepat tua. " Tua ?? aduh jangan lah..aku masih cun lagi ni " .
(tunggu next episode yer..)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan